Status Kualiti Air Sungai
Pada tahun 2007, jumlah lembangan sungai yang dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar telah berkurangan daripada 146 ke 143. Hal ini adalah disebabkan oleh penggabungan dari tiga (3) sungai yang terletak berhampiran satu sama lain. Didapati bahawa Lembangan Linggi di Melaka sebenarnya bersambung dengan Lembangan Linggi di Negeri Sembilan; Lembangan Pontian di Johor pula bergabung dengan Lembangan Rompin sebelum mengalir ke laut dan Lembangan Semerak di Kelantan bersambung dengan Lembangan Kemasin. Dengan demikian, ketiga-tiga lembangan ini tidak lagi dikira dalam jumlah lembangan sungai. Namun begitu jumlah stesen pemantauan masih tetap sama iaitu sebanyak 1,064.
Daripada 1,064 buah stesen pengawasan, sebanyak 638 (60%) stesen dikelaskan kepada bersih, 376 (35%) sedikit tercemar dan 50 (5%) tercemar. Terdapat peningkatan yang signifikan dalam kualiti air sungai pada tahun 2007 berbanding dengan 2006. Bilangan sungai yang bersih pada tahun 2007 adalah 91 (64%) berbanding dengan 80 pada tahun 2006 dan jumlah sungai tercemar sedikit menurun daripada 59 pada tahun 2006 menjadi 45 (31%) pada tahun 2007. Namun begitu, jumlah sungai yang tercemar tetap pada 7 (5%) buah.
Seperti pada tahun sebelumnya bahan pencemar utama yang dapat dikesan adalah Biochemical Oksigen Demand (BOD), Nitrogen ammonia (NH3-N) dan diikuti dengan Suspended Solids (SS). Sejajar dengan peningkatan secara keseluruhan kualiti air sungai di Malaysia pada tahun 2007, jumlah sungai yang tercemar oleh BOD menurun daripada 22 pada tahun 2006 ke 12 tahun 2007 dan jumlah sungai yang tercemar oleh NH3-N menurun daripada 42 ke 36, manakala jumlah sungai tercemar oleh SS tetap iaitu 42.
Bahan pencemar BOD dikenalpasti datangnya daripada sisa kumbahan yang tidak dirawat daripada kawasan pertanian dan juga industri. Sumber utama bagi bahan pencemar NH3-N pula datangnya daripada ialah kumbahan domestik dan penternakan manakala sumber untuk kebanyakan bahan pencemar SS pula daripada kegiatan pembukaan tanah.
BERITA LAIN
● | 650 000 kolam kumbahan (bacteria E. Coli) – Oktober 2004 |
● | Berhampiran dengan tapak pelupusan sampah (logam berat & mikroorganisma) |
● | Sungai ‘mayat’ (kompleks mikroorganisma / komplek bahan kimia) – Metro Julai 2002 |
● | Pembuangan sisa ternakan (JE)- Bukit Pelanduk, Sg Selangor, Sg Sepang, Sg Sembah |
● | Pembuangan sisa industri |
● | Pertanian komersil (penggunaan racun serangga, racun rumpai dan baja) |
● | Pembentungan sungai (meningkatkan masa penempatan dan penambahan terampai) |
● | Sungai sampah (12 Julai 2003) |
Bagaimana air dirawat?
● | Sistem rawatan air kumbahan (industri / penempatan) |
● | Penapisan |
● | Pengklorinan |
|
Kesan Sampingan Rawatan Air
Dukacitanya perawatan air mempunyai kesan sampingan akibat penggunaan klorin dan keburukan klorin telah diketahui umum, malah tiada siapa dapat memastikan separah mana kesan klorin terhadap manusia. Sehinggakan turut digunakan sebagai senjata pada perang dunia pertama.
Halaman ini, http://www.gasdetection.com/TECH/cl2.html menerangkan tentang kesan klorin kepada kesihatan. Mungkin ada yang mengatakan, pendidihan adalah cara terbaik untuk membuang klorin, tetapi sebenarnya pendidihan akan menghasilkan Trihalomethanes (TTHM) yang sangat mengerikan akibatnya terhadap kesihatan penggunanya. (rujuk http://www.trihalomethane.com)
Selain dari penggunaan klorin yang tinggi, kandungan logam berat dalam air masih kekal. Logam berat ini akan menyebabkan masalah seperti;
● | Kesan fizikal (keruh, tekanan darah, saraf gastro intestinal, nafas, mata dan jantung) |
● | Sub klinik (immune, kromosom, impulse saraf, keganjilan kromosom) |
● | Biokimia (fungsi enzim, membrane sel, metabolisme, lipid, karbohidrat, hormone, DNA) |
● | Tetragenesis (kelahiran yang cacat) |
● | Mutagenesis (kecacatan gen) |
● | Karsinogenesis (kanser) |
Terdapat beberapa pihak yang mengatakan, mandi dengan menggunakan air berklorin mempunyai kesan lebih buruk berbanding minum air berklorin. Seperti NASA Tech mengesahkan akibat mandi menggunakan air berklorin 8X lebih teruk dari meminum air yang berklorin (http://www.lifeguardsystem.com/mindetail.html)
Manakala (Ruj no 3 ms 9) pula mengatakan mandi 10 min guna air permukaan boleh menyebabkan kanser
Walau bagaimanapun, kesan buruk perawatan air ini dapat dielakkan, dan air yang digunakan boleh ditukar menjadi air penawar melalui sistem penapisan air oleh RX water.