Wednesday, October 13, 2010

:: Riwayat Rx-Water




Pada tahun 2001, Dato' Dr. Nordin Darus(DDND), seorang pakar kesejahteraan terkemuka tanah air, disahkan mengidap penyakit kanser darah. Dalam usaha beliau mencari penyelesaian meringankan beban kesakitan menjalani rawatan kanser, beliau mendapati bahawa air minuman memainkan peranan yang amat penting dalam membantu menjamin kesejahteraan tubuh badan.

Dengan kesederan ini, beliau mencipta formula unik yang melahirkan penapis air berkonsepkan aura pertama di dunia - Rx-Water.

Pada permulaannya, Rx-Water dicipta untuk membantu beliau sendiri yang menghadapi rawatan kanser, tetapi lama kelamaan, dengan testimoni yang kian meyakinkan, orang ramai mula memperkatakan tentang ciptaan doktor perubatan kelahiran Pulau Pinang ini.

Pada tahun 2003, Rx-Water mula dipasarkan secara besar-besaran melalui WorldWellness Network Sdn.Bhd., dan sehingga ke hari ini, lebih 200,000 pengguna telah merasai nikmat dan kelebihan minuman air Rx-Water. Kini, setelah 7 tahun berlalu, DDND kembali memperkenalkan evolusi di dalam Rx-Water untuk memenuhi permintaan pasaran dan kehendak semasa dengan The All New Rx-Water - Sistem air 2 dalam 1 yg Unik, Suci dan Berkesan.

Keunikan Rx-Water ialah ia mempunyai teknologi pemangkin AURA yang mampu meningkatkan kuasa penyembuhan semulajadi melalui air.

Dr Noordin sedar, penyakitnya dipengaruhi oleh air yang diminum, bahkan dia percaya, kesilapan meminum air yang rosak (iaitu air paip dari rumah) yang menjadi sebab dia mendapat kanser.

Alhamdulillah, dalam masa beberapa bulan selepas rawatan kemoterapinya, Dr Noordin telah kembali pulih dan bertugas seperti biasa. Kini Rx-Watertelah terbukti membantu dalam pemulihan berbagai bagai penyakit lain.